kalau suka diari yatie, klik LIKE erkk.. TQ.. :)

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم


"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"


My Frenz..! :)

Sunday, January 31, 2010

Bertuahnyer...! ;)

Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.

Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap
acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:

"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga. Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suaminya.b

Thursday, January 28, 2010

Mesti Korang Tersengih.. ;)



Saper2 yang lahir pada tahun 80/90an mesti teringat masa sekolah rendah dulu..

- kat sekolah ade salesman yang jual buku cerita. Hari ni bagi listing buku, esok mintak duit beli, walaupun cerita buku tu dah tau. Salesman susu pon camtu gak...

- kat library, budak2 memang baca buku tapi just tengok gambar2 je... bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku...

- RMT (rancangan makanan tambahan) kat sekolah makanan tak berapa nak best. tapi yang berduit pun join RMT, tak paham....

- pakai pensel box yang bole bukak depan dan belakang, pastu ade sharpener kat tengah2 die..

- main lawan pemadam. sayang nak guna utk padam. padahal itu fungsi sebenar, utk padam!

- pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu...

- cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp tak penah nmpk cikgu pegang pon kat situ.

- bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume boleh tapi bile time kaler sumer hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tangan Boy London jadi idaman, sbb boleh tukar2 colour ikut suhu dan cuaca.

- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- balik sekolah beli JoJo tak pun Dendang. Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat tak makan pun...

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

jgn lupe zaman ini, sbb zaman skrg budak2 tak sempat nak layan bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. pas arr kat member2 korang....
mesti diorang pun tersengeh2 bace article nih... ;)

Wanita

Manusia Hawa dicipta dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijadikan mahkotanya, bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi, dan dekat di hatinya untuk dicintai..

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ditampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya... Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat di mana cinta itu ada..


Wanita
by; Dato' Siti Nurhaliza


Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..